LOVE YOUR LIFE















Friday, March 11, 2011

TsUnami KemBaLI



Kejadian kebesaran Allah

gambaran tsunami yang melanda



Tadi bila tengok berita memang terkejut, tsunami melanda lagi! Ya allah selamatkan aku dan keluargaku, keturunanku dan semua kaum muslimin dan muslimat, moga allah melindungi kita semua. Aminn... 

kalau kita tengok dah banyak benda berlaku disekeliling kita, yelah negara serantau kita, bukan setakat gempa bumi malah pergaduhan dan perkara-perkara pelik! adakah ini tanda-tanda dunia berada di penghujungnya? Ya allah selamatkanlah kami, tunjukkanlah kami jalan yang benar! aminnn... apa tindakkan kita seterusnya?? BERDIAM DIRI??


habis semua terbakar



lautan lumpur yang membunuh ribuan penduduk
 
meragut ramai jiwa


 gambaran jelas mengenai kejadian

dengar kata tsunami tu merupakan peristiwa paling buruk dalam sejarah negara jepun selepas 100 tahun lebih yang lalu dengan gempa bumi bermagnitud 8.9 melanda Jepun pada hari ini, malah ketinggian ombak  mencatatkan 10 meter yang mengakibatkan kapal tercampak ke pesisir pantai. Setakat ni berita terkini AFP melaporkan seramai 60 orang pulak mangsa tsunami di Sendai Jepun terbunuh, manakala 56 orang hilang, jumlah ni mungkin akan meningkat lagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala Richter yang berlaku di pantai Honshu, Jepun pada jam 1.46 petang tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Laporan media asing berkata, gegaran gempa bumi yang kuat melanda Jepun dan menggoncang bangunan-bangunan di Tokyo selama beberapa minit dan memaksa orang ramai meninggalkan kediaman mereka.
Laporan awal melaporkan satu gegaran dengan magnitud 7.9 tetapi ditingkatkan kepada magnitud 8.8, yang melanda negara itu kira-kira 400km dari Tokyo.


kejadian yang mengakibatkan banyak kemusnahan


selepas kejadian tersebut
malah dengar kata, negara-negara jiran jepun juga akan mengalami perkara yang sama dalam masa terdekat ini terutamanya taiwan, filipina, hawaii...dan tidak ketinggalan indonesia juga turut mengambil langkah berjaga-jaga diatas kejadian ini. berita kejadian ini mendapat liputan meluas diseluruh dunia.


arus tsunami


antara kenderaan yang tenggelam
 
 
video kejadian


Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa untuk semua penduduk malaysia di Jepun terselamat dan dilindungi. Aminnn... 

2 comments:

  1. saya sokong zulaiha walau macam mana pun..hee...

    ReplyDelete
  2. hehee...skng pe nyer???? but ..ap pow tq..coz sdi bknjg ke my blog!!

    ReplyDelete