LOVE YOUR LIFE















Friday, September 16, 2011

Permohonan IPTA Sesi November 2011 / Februari 2012


 
Permohonan Kemasukan Universiti Semestar 2 2011/2012
Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) bagi pengambilan sesi November 2011 / Februari 2012 atauSemestar 2 2011/2012 telah dan akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat.

Pengambilan IPTA sesi November 2011 / Februari 2012 ini memberi peluang kepada sebilangan pelajar yang gagal semasa pengambilan sesi Jun yang lalu dan untuk mereka yang baru menamatkan pengajian atau terlepas peluang semasa sesi yang lalu.

Secara amnya pengambilan sesi November adalah untuk program pengajian peringkat Asasi dan Diploma. Manakala pengambilan sesi Februari 2012 adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.


Cara Memohon

Pengambilan ke IPTA bagi sesi Jun/Julai yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali dengan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pengambilan ke IPTA bagi sesi November 2011 / Februari 2012 atau Semestar 2 Sesi 2011/2012 ini pula diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan. Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut. Sila rujuk ke laman web yang ditentukan untuk setiap universiti. Walaupun begitu hanya sebahagian kecil sahaja universiti yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang ditawarkan.

Pengambilan November 2011 / Februari 2012
Setakat ini berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan. Kami memohon kepada pembaca yang mempunyai maklumat mengenai IPTA lain supaya dapat berkongsinya di sini.


  1.UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA 


UIAM
Program Pengajian UIAM Sesi Februari 
Ijazah Sarjana Muda  
Permohonan UIAM 
Sila rujuk laman web UIAM Admisions and Records Division. (klik)
Tarikh Tutup UIAM 
Permohonan kemasukan sesi Februari 2012 UIAM akan ditutup pada 31 Disember 2011. Keputusan Permohonan UIAM 


 2. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 

 
Program Pengajian UPSI 

Sesi November 2011
  • Diploma Sains
  • Diploma Muzik
  • Diploma Bahasa Inggeris
  • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Sesi Februari 2012
  • Ijazah Sarjana Muda 
  • Semua program Diploma yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Permohonan UPSI

Sesi November 2011 
-Permohononan perlu dibuat secara online sahaja mulai 12.00 tengahari 12 September 2011
Sesi Februari 2012
-Permohononan dijangka akan dibuka dalam bulan November 2011.
Pemohon perlu membeli nombor BITARA ID 
bernilai RM 26.00 
Bank Simpanan Nasional


Sila rujuk laman web :


dan 

Tarikh Tutup UPSI
Sesi November 2011 : Permohonan akan ditutup pada 26 September 2011
Sesi Februari 2012 : Akan di maklumkan 

Keputusan Permohonan UPSI
Keputusan permohonan kemasukan UPSI boleh disemak di Permohonan Atas Talian UPSI (klik)


3. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Program Pengajian UiTM

Sesi Februari 2012  :Ijazah Sarjana Muda
Permohonan UiTM

Sesi Februari 2012 : Permohononan dijangka akan dibuka dalam bulan Oktober 2011.
Sila rujuk laman web 
dan 

 Sila dapatkan nombor PIN sebelum membuat permohonan
Sesi Februari 2012 : Tarikh akan dimaklumkan

Keputusan Permohonan UiTM 


Senarai Universiti /IPT  lain :

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia http://www.uthm.edu.my
Universiti Teknikal Malaysia Melaka http://www.utem.edu.my
Universiti Sultan Zainal Abidin http://www.unisza.edu.my/
Universiti Malaysia Terengganu http://www.umt.edu.my
Universiti Malaysia Sabah http://www.ums.edu.my
Universiti Malaysia Pahang http://www.ump.edu.my
Universiti Kebangsaan Malaysia http://www.ukm.my
Universiti Malaysia Kelantan http://www.umk.edu.my
Universiti Malaya http://www.um.edu.my
Universiti Putra Malaysia http://www.akademik.upm.edu.my/
Universiti Sains Islam Malaysia http://www.usim.edu.my
Universiti Malaysia Perlis http://www.unimap.edu.my
Universiti Sains Malaysia http://www.usm.my/
Universiti Teknologi Malaysia http://www.utm.my/
Universiti Utara Malaysia  http://www.uum.edu.my
Universiti Malaysia Sarawak http://www.unimas.my
Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia http://www.iium.edu.my
Universiti Pertahanan Nasional  Malaysia  http://www.upnm.edu.my





Sumber : www.eputra.com

No comments:

Post a Comment