LOVE YOUR LIFE















Friday, October 31, 2014

Oh barang kuuuuu

AHakssss! kenapa dengan status tjuk zue tu? hehe...sebenarnyer takde apa pun! no issue! saja buat gempak bagi korang teruja bagai! haha...

ok lah...mai cheq nak kabor nak cerita sama luu..(haha ganas lak bahasa kawe...almaklum lah terlalu terikowt2 sampai mix abis loghat i uolllss.. utaqa.kl.pntai tmr.rembau smua belasahhh) kihkih! jgn mare --> motif nak tunjuk yg kau jati malaysia.. (ko adooo!) haha! yess i’m malaysian and i’m proud wth it!

Aiyoooo...dah2 jangan nak melalut sampai ke laut...satgi berjela lak blog ni...jenuh nak baca nohh!

Eh! apa tah tajuk tadi? lupa dah...dok kalut bebel bla bla bla....haha (realiti i ni pendiam sgt --> sgt lah kan...if dah kenal haaaa...tau lah! kan kawan2)

Alamak tak masuk2 lagi apa yang nak di kaborkan...hehe! sebenarnya tak tahu nak start je....mukadimah dah banyak! isi kandung baru nak pikir! heh.. hehehe...

Enough zue! better you fokusssssssss (mak aiiiii fokus koo sampai terbelek diorang sssss tu...hehe!

sebenarnya happy sangat barang yang zue order kat online zappp sampai depan rumah! rasa macam nak melompat depan encik posmen tu ( hensem gak dia --> haha sempat perhati muka dia! huhu... zue! zue! mujuq single kalo tak..bussst2 kena kat muka tu! hehe)

bukan apa sebenarnya mmg dah adjust dah supaya barang sampai hari jumaat dengan harapan kalo dia col bila take kat rumah...nak suruh tinggalkan baru tu kat kedai kat flat bawah ni! butttt....when...status gtau barang sampai hari ni...lagi la legaaaa...haaaaaaa :) sebab harini zue ada kat rumah ..so bila posmen datang, buka pintu terus dapat! happpyyyyy

sebelum tu...risau gak kenapa barang tak sampai jumaat..last2 sampai pagi ni.hari sabtu yg indah lagi mendamaikan...hehe! harini cuaca reduppp love it!

and tak lupe pada owner yang mengeposkan barang ku...always cool with me...dengan banyak persoalan. hehe ! thanks uuuu!

okeh2 dah tak nak cerita panjang...nti zue share apa yang zue dapat dari abang posmen tu...tiba-tiba dalam otak ni teringat barang sale yang i beli semalam...:) hahaha

daaaa....bye..nak basuh baju dulu! selamat berhujung minggu

Wednesday, October 29, 2014

"Dream Trip to Macau" ~~ Impian ke Macau!!!

Cerita pasal Macau ni memang best! siapa-siapa yang dengar jer pasal Macau ni pasti teruja sangat-sangatttt lah kan +++ !!! Okay, yang lagi best kalau dapat tiket free pergi sana, siapa tak nak kan? mestilah jawap nak! nak! nak sampai 1000 kali! heheehe..!!! :)

This time memang masanya untuk berangan untuk pergi Macau, bukan takat berangan memang dari dulu lagi zue teringin sangat nak ke sana... and yang suprise nyer...jeng! jeng! bila dapat email dari Nuffnang MY <noreply@nuffnang.com> Nuffnang Malaysia Oh! Oh! tidak.. tak boleh lepaskan! dan jangan lepaskan! hehe ---> excited sangat dah ni nak share cerita tempat paling gempak kat sana! Memang dah target dari dulu tempat ni (MACAU) memang situ zue nak pergi ..tambah-tambah pula bila tengok Elfira Loy pergi sana dalam program "Mad Market Musim ke-2' yang disiarkan di tv9 setiap jam 7 malam tu.. lagilah teruja kot! gambar-gambar yang diambil kat sana memang meletop!! bo0mmm! bo0mm lah! huhu! Apatah lagi kalau I yang pergi.. memang post gambar sakan lah jawapnyer!
 





And yang paling gempak lagi .. bila tengok  Sazzy Falak buat terjunan di Menara Macau pada ketinggian 233 meter semasa penggambaran program Destinasi Cinta Bersama AirAsia baru-baru ini! Wahhh!! memang dalam mind set dah set --> OH Macau I'm Coming!!! heheheee ..!!

Tengok tu Sazzy Falak memang selamber jer dia! memang kita pun nak cuba! dan sangat-sangat nak cuba!!




Oh! oh... kat mana nak mula ni bila nak berbicara pasal Macau ni ?? Sangatlah banyak  tempat-tempat yang best untuk diceritakan!! Yelah pening jugak nak pillih tiga (3) tempat paling GEMPAK sebab dalam 'Contest- Macau Your Way to An Experience of A Lifetime!' dia ada cakap "Let us know Three Most Amazing thing That makes you want to visit Macau & why?" ..so, tiga (3) tempat yang betahkta dihati ..jeng! jeng! jeng!





 Macau Tower

Bahagian dalam Macau Tower

Yesss!! This place memang menjadi pujaan dan mencuri pandangan mata kuuuuuu!!! kat sini memang ada macam-macam. Untuk makluman juga Macau Tower tingginya adalah 338 meter kirannya tinggi sikit dari menara tokyo. Pada yang nak cuba lompat melompat ni or terjunan (Bungee Jump) yang ada safety terbaik tanpa sebarang kerisauan! cewah!!! Jadi you all boleh cuba yang penting I lah orang pertama nak cuba dulu!!! Hehe! Sky walk ni juga berpusing mengeliling di luar bangunan dari ketinggian 233 meter di aras 61. So, memang tak dapat bayangkan kalau zue ada kat sana, sah-sah nak berselfie and menikmati bandar Macau sepuas-puasnya.. bukan senang kot!! Pastu di aras 58 terdapat patung lilin bagi artis-artis terkenal .. 



Aktiviti Bungee Jump diawasi dan diberi tunjuk ajar oleh Instructor yang berpengalaman


Tak cukup dengan itu, yang palinggggg nak tengok ialah Glass Floor yang boleh kita nampak real keadaan diluar, so, sambil-sambil berdiri atas glass tu, kita boleh nampak apa yang kat bawah dan sekitar tower berkenaan ---> time tu boleh lah berangan tengah fly... terawang-awangan di udara huhu!! Selain itu, zue teringin juga nak cuba petunjuk screen yang memaparkan imej bangunan di hadapan Macau Tower, so dari situ kita boleh tahu nama- nama bangunan sekitarnya.

Nampak tak Glass Floor tu.. memang best!! teringin nak baring kat situ and pastu tangkap pic sendiri !!



Macau Tower


petunjuk screen yang memaparkan imej bangunan disekitar Macau Tower

Macau Fisherman's Wharf  

Orait.. yang kedua adalah Macau Fisherman's Wharf! Why ..?  Nak tahu kenapa zue teringin nak ke tempat ni antara sebabnya ialah Coliseum replica versi Macau! haaaaa.. mesti korang pun teruja nak terjah tempat ni jugak!!! Macau Fisherman's Wharf ni terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu  Dynasty Wharf, East Meets West dan Legend Wharf.

Apa yang best kat bahagian Dynasty Wharf .. kebanyakkan kat sini terdiri daripada menara Cina yang dibina dalam meniru gaya Tang, merangkumi sejarah dan budaya Cina dalam bentuk barang-barang tradisional yang dijual di jalan-jalan, ruang pameran, dan sampan dan "jumbo" restoran makanan laut. terbaikk!!!

East Meets West

Untuk di bahagian East Meets West pula, terdapat bangunan-bangunan dan landskap yang dibina  mixes dengan Oriental traditions dengan ciri-ciri rekabentuk barat memang cantik! menang sukalah benda-benda camni! cer tengok bawah ni... uhuuuhhuu!!! memang layan!!

Vulcania and Potala Palace


Roman Amphitheater - yeahhh!!!kat sini kalo malam-malam lampu memang cantik! waktu siang pun dah nampak gebommm!!! bestnyer kalau dapat bergambar sakan kat sini! memang penuh lah pic dalam telefon & camera nanti!!


Manakala di Legned Wharf terdapat 150 kedai dan restorant dengan senibina bangunannya mengunakan style ala-ala Cape Town (South Africa), Amsterdam (Netherlands), Miami (U.S.A.), New Orleans (U.S.A.), Lisbon (Portugal), Venice (Italy) and Spain ..wah! wah! memang menambah keterujaaan lah jawapnyer.. kira tak payah pergi jauh-jauh ke Macau pun dah cukup!!! :) boleh dikatakan ada macam-macam lah disitu mesti puashati!!

Legend Wharf ni cantik sangat! bolehlah nak berangan ala-ala di europe! :P
And the last Most Amazing Things bagi zue kat Macau ni ialah The Ruins of St Paul’s salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong di Macau! bagi zue tempat ni unik sebab senibina nya yang cantik dan terus kekal .

salah satu pemandang & tarikan yang sangat ikonik
Memang best kan Macau ni!! Banyak sangat tempat untuk diperkatakan! kalau disuruh korek-korek cerita Macau ni memang tak habis...!! :) kalau dapat keliling semua tempat di Macau memang wah! wah! WOW lah jawapnyer...!! heheheeeee :P

Berbanyak-banyak terima kasih kepada Nuffnang dan Macau Government Tourist Office (MGTO)  kerana buat contest :


"Macau Your Way to An Experience of A Lifetime"

Apa lagi nak dikatakan lagi selain Love this Contest!!! pada siapa-siapa berminat atau ada angan-angan macam saya ni, jomlah join contest ni, mana tau ada rezeki kita sama-sama terjah ke sana!! Peluang sentiasa ada kalau kita sentiasa mencuba akan peluang itu... tak kisahlah macam mana cara sekalipun yang penting is USAHA .. THANK Nuffnang yang memberi harapan bersinar-sinar!! Harapan moga ia satu realiti!!! 

And kenapa saya harus ke Macau... :)

-Sebab saya memang nak ke Macau dan memang destinasi pilihan saya
-Dapat pengalaman & share ilmu baru melancong bersama dengan blogger lain
-dan contest ni adalah satu peluang! jadi apa tunggu lagi rebutkan lah!! never give up and always trying ...

Pada mereka yang nak join : ------>
  1. Tulis blog bertajuk  – Dream Trip to Macau
  2. Cerita kan di blog anda tentang ---> Three (3) Most Amazing thing That makes you want to visit Macau & why diri anda harus dipilih
  3. Kemudian drop blog post anda sekali dengan URL kat comment section of Nuffnang’s Official Blog Post.  ****Senang kan??? cuba jangan tak cuba!! mana tahu rezeki!! :)



Untuk maklumat lanjut bagi mereka-mereka yang nak ke Macau boleh terjah laman web : Macau Government Tourist Office(MGTO) & Facebook : official page in facebook



#MYMacau,
@NuffnangMY































Tuesday, September 23, 2014

realiti kehidupan

Inilah realiti kehidupan

Dalam jenuh perit kita menempuh sepanjang perjalanan hidup kita, yang pasti keperitan kita sebenarnya adalah dibawah kemampuan kita sendiri. Jika dilihat setiap keperitan yang diperolehi sebenarnya kita mampu tempuhi walaupun saat ketika itu fikiran kita tidak langsung menjangkau perihal berkenaan sehinggalah kita berjaya mencapainya. Itulah istimewanya kita semua. Diciptakan dengan akal fikiran dan kelebihan.Setiap dugaan dan cabaran itu dilalui dan diuji diatas kemampuan kita, cuma kadangkala otak pemikiran kita membataskan segalanya. Untuk itu, seharusnya kita mengambil perihal ini sebagai cabaran untuk mencabar diri dan bukan sekadar mendiamkan diri. Realitinya saat kita melepasi tempoh perihal berkenaan membuatkan kita lebih kuat dan berada diluar kemampuan dan kebiasaan kita, sehinggakan kita sedar sebenarnya kita lebih dari apa yang dijangkakan. Maka tidak hairanlah jika dunia ini semakin ajaib, bak kata para genuis, tiada apa yang mustahil selagi keinginan dan kemahuan dilaksanakan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Sebagai manusia yang menghambakan diri kepada penCiptanya, kita percaya akan keajaiban. Islam sendiri menyatakan kepada umatnya, 'seseorang itu tidak akan diubah jika dirinya sendiri tidak mahu mengubahnya' semuanya adalah atas dasar kita sendiri iaitu keinginan dan kesanggupan untuk mengubah dan beralih arah dari zon selesa malah istilah ini juga digunabaik dalam menempuh cabaran. Bak kata orang langkah pertama itu penting dan langkah seterus itu wajib dan langkah akhir itu bukan sia-sia. Ini bermakna setiap langkah yang diambil merupakan satu tindakkan dan bukannya dijadikan kesangsian. Ya, saya sendiri mengakui kadang-kala tindakkan itu menemui jalan buntu, tapi jika tidak mencuba ia lagi membuntu kan keadaan, hal ini kerana kita langsung tidak menemui jalan.

so, teruskan langkah anda!! :)

Sunday, September 14, 2014

bila kebencian melanda!!! arrrrrr!

Entah macam nak cakap, tiba-tiba je rasa benci ni sangat membuak-buak! dah mula meluat dah ni! dah tak tahu nak huraikan camner.. tuhan je yang tahu!! first yang buat aku benci ' mulut orang' aduhai!!! memang geram betul!! sakit lak telinga ni dengar! sabar je lah... setiap kali nak datang ofis bila nak set positif jer...mula la..aura negatif muncul! walaupun takde kaitan dengan kita, tapi kadang-kadang benda ni bagi efect tahap maksima jugak tau! benci betul! rasanyer  memang dah perasan  dah aura negatif ni sejak mula-mula masuk sini lagi! entah lah dowg ni ... asyik stress sampai aku pulak termakan stress dowg! memang tak puas hati tulll! korang-korang ada idea tak nak tutup mulut dowg ni?? tak kan aku nak buat tindakkan yang mendesak?? no.! no! aku mesti cool down dulu! tapi jiwa ni dah berasap-asap dah! sabaqqq je lah!!

Bukan nak marah! tapi agak-agak lah mulut tu! macam insuran tu mahal sangat tak setaraf langsung kalo tengok rupa macam baik-baik tapi mulut alahai boleh tahan hirisnyer!!! kalo yer pun tak suka atau 'benci' sangat jangan lah tunjuk sangat-sangat, sampai nampak kita ni sempurna padahal zerooo!! kalo kita ni asyik kutuk orang tanpa sebab memang pelik? sebabnya setiap benda yang datang tu kadang-kadang berpunca dari kita juga! mesti ada sebab dowg tu buat ampa camtu. Aku ni bukan apa kalo boleh tak mau lah melekat perangai lagu ni! aku ni sebenarnya jenis panas baran tau! semua orang kenal! kalo kat sekolah nobody can say anything sebab tu jugaklah aku jadi pengawas siap jadi biro displin lagi. but since aku masuk poly aku cuba cool down, belajar tenangkan diri step by step memang ambil masa nak buang perasaan marah ni... slowly aku berkawan dengan mereka yang lembut-lembut, tahan marah, tak banyak cakap, sebab aku rasa bila aku diam aku boleh control my emosional.. seriusly memamg menjadi. ye lah bila mulut ni buka pasti macam macam terkeluar.

so, dari ikhtibar dari pengalaman sendiri, aku kalo boleh tak nak lah aura negatif ni kasi balik kat aku! sakit kot! sia-sia usaha ku buang tabiat lama ..n now it's happen again! ooohhh!! memang sakit! please kembali kan suasana positif dulu! i need it! please support me ! tq

Wednesday, September 3, 2014

Majlis Tunang sepupu

TAHNIAH

Yesss! ni cerita minggu lepas! tapi ceq baru nak berkongsi! 31 ogos 2014!! disini lahirnya sebuah cinta ..(cewah!! ayat!)  ni bukan kisah merdeka semata-mata tau! tapi pasal cerita majlis tunang my sepupu yang memang kebam keb0oom kedaboo0mm!!! Alhamdullillah! semua berjalan lancar. Tahniah 'mala ..suka tengok family uollsss!! memang best!! Melayu+Indian+Pakistan+Bangladesh (Woow ..memang impress sangat! ..teruja giler-giler! maybe jugak ni first time kahwin campur wujud dalam family kitowng walaupun sebenarnya 'tok' a.k.a nenek sebelah mak cheq memang mix pakistan .. kira moyang kitowng memang orang pakistan cuba 'aku' ni jer tak dapat tempias pakistan kalo tak ..mesti mata ku coklat dah macam dowg ++ hidung macung lagi! ..kelasss kau!! huhu!

Nak dijadikan cerita plan nak gi majlis tunang ni memang dah start time raya aidilfitri hari tu lagi! nampak tak plan tersangat baik coz nak gi terjah rumah dowg ni ramai-ramai! last-last ramai lak yang mem'busy' so kitowg adik beradik, sanak saudara pergi sana asing-asing kecuali maksu+makcik +3 orang anak nyer ..terjoin skali dengan diriku! almaklumlah ..cheq ni driver sampingan.. time dowg ngantuk aku lah yang mem'driver nyer ..walaupun mata ku pun kuyu butttt... muka ku ..ku kuatkan dengan senyuman & positive thinking!! yeahh! maybe sebab tu jugaklah aku dapat lebih sikit kekuatan dari downg!! kan!.. yang penting depa ni lena sakan dalam kete! dah sesat baru dowg kalut nak bangun ye!! hehe ..
mujur 'pakcik' call kitowg 'on time' kalo tak sesat lagi jauh lah jawab nyer!! .

ini lah maksu + makcik n anak2 dara nye!! yang merah tu my mak lang! memang cantik kan!!

Akhirnya kitowg sampai jugak Pekan,Pahang jam 12 tengah malam, memang tengah malam betul lah jawapnyer ..dari kul 5 petang sampai 12 tengah malam, korang boleh bayangkan tak berapa jam? padahal dari kl jer pun! walaupun hari sabtu .. tapi tak pelik lah kalo time tu kat kl jem .. (memang jem giler kot)  mungkin sebab merdeka day kottt!!  kecuali lepas tol gombak tu.. time tu kereta reda lah ckit walaupun.. kereta penuh jugak lah.. memang dowg ramai-ramai ni nak gi terjah genting kot! almaklumlah cuti merdeka.. merdeka sungguh lah!! tapi mujur time balik dalam 3-4 jam jer perjalanan .lega sikit! & de best part.. time balik diriku banyak relax coz maksu aku dengan rela hati jadi driver sepenuh masa. kua! kua! hehe ...

Sampai rumah Makngah  malam tu ..terus belasah nasi impit + redang.. memang kitowg tengah lapar sangat! almaklum ..jalan jauh! (sangat lah :P) .. n yang penting, makngah aku dah siap book homestay kat kitowg ..memang kaw kaw berganda lah ceria. mula bajet nak stay kat mana-mana hotel tapi dah dapat free 'penginapan' apa lagi.. memang tidoq lena la.. kan!!

Pagi tu sampai memang semua dah settle ...

tempat makan tetamu-tetamu khas  .. rakyat jelata makan kat khemah yang disediakan nyer ..makan buffer +adik beradik makan kat dalam rumah ..yang tak muat duduk lah mana pun .. hehe!

de best thing tentang majlis ni .. akhirnya aku baru kenal mak saudara non-muslim yang berbangsa india. memang cantik-cantik dowg ni! sari dowg woow ..tak ley kata apa! terkedu cheq! mujuq dowg ni bukan jenis sombong! siap cheq kena makan ladu lagi!! muruku tu memang faberet dah!!

hantar belah perempuan to lelaki .. sweet

pelamin ni memang exclusive! orang astro siap pasangkan comey2 lagi! kami ni yang ramai-ramai nak sentuh pun takut.. hehe! padahal tuan badan okey jer..

Yeah! berebut makan! nasi beriani ++ lauk pelbagai! memang sedap hingga menjilat jari ..licin pinggan ..siap tambah bagai+++ bawa balik lagi! kihkih! (buat malu ja.. haha) --- cheq yang tudung kuning tu ..nampak tak? selebeh sikit time tu..haha!

sweet couple!! tahniah! seorang cantik, seorang hensem! memang sama padan! beruntung uuuu!! moga cepat-cepat naik jinjang pelamin.








Apapun tahniah mala! happy tengok you & family happy! tambah lak ramai yang datang! yang penting tak kira agama, bangsa & negara .. korang celebrate sama-sama & tak berat sebelah! semuanya baik-baik belaka! ini lah dikatakan 'status tidak menutup kebaikan sebenar'. tahniah happy untuk korang & tak lupa 'makdak' yang belanja 'kepok lekor +satar'

Thank you ..love you all!!!

Laddu .. bley tahan lah rasa nyer.. tapi tekak cheq jenuh nak telan mula tu.. but akhirnya rasanye not bad

selain kepok lekor kat pekan, pahang ni .. satar ni memang faberet ku..


Tuesday, September 2, 2014

Makin hari makin tak terurus diriku ini ..

Alahaii ..macam-macam sekarang ni! huhu .. (mengeluh cikit!)

Bukan apa, bukan diri sendiri jer perasan, kawan-kawan, saudara mara, parent ..lagi-lagi mak 'kita' ..memang tersangat perasan aku ni semakin hari semakin dah tak terurus! Oooh! apakah yang terjadi! memang pelik bin ajaib! sekelip mata 'mylife' jadi tunggang langgang ..ambik k0 ejaan betui ke tak tu! hehe..

Yelaaa ..mana edak nyer!! ate kawe duk sini, tak sempat nak mengurus diri! macam mna tu?? macam mana nak urus orang laen?? kua.. kua.. (memang penuh tanda soal). nak kata buzy bebenor tu memang tidak! tapi....................... (panjang sikit memikir tapi tu ....)

Tapi itu lah, masa memang menyerabutkan kepala kat sini. jem lah, keje lah.. itu belum lagi nak start menulis & start online 'biz' yang lama ditinggalkan tu.. memang tak lah sekarang ni!! makkkk! tolong ceq ni!!! muka pun tak terurus dah.. dah tak sempat dah nak bermekap mesra kat muka ni sampai abis berparut bagai! ohhh! my muka please pulangkan my real muka!!  eeeh..sambung study lagi... ooooyy!!!

Stress? memang tak stress.. cuma itu lah, bila hidup ni dah bertambah komitment nyer lebey +++ dengan family, mak saudara, sepupu sepapat ni .. memang tak boleh cakap apa. bukan mengeluh or tak suka! diriku ni memang bersyukur dapat tolong dowg ni .. but, i need my time! masa untuk diri sendiri. masa untuk merasa macam orang laen rasa .. gi je jalan--- gi makan-makan ... macam dulu-dulu! tua kah aku? untuk tak 'enjoy'??? OOOOOH!! OH!!! ..memang tak terbayang. kalo hidup ku ini terus menerus begini!!! aaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrr...!!!

Sesi luah perasaan. Yess memang nak luah perasaan kat blog ni. aku rasa susah jugak hidup menumpang rumah 'mak saudara' !!! bukan apa .. dah macam makcik-makcik dah aku ni! Aaaah! 'apa ni??" tengah melepaskan geramkah??? NOOO.. BUKAN! cumaa..memikirkan masa depan yang ceq dah plan. setakat ni semua berjalan lancar & tersusun ikut 'dream list' dari 2011. Now.. tinggal 1 step to my dream but .. ada beberapa benda lagi nak kena beres kan dulu! .

dalam nak sampai dream list yang last tu... memang banyak dream2 kecil nak kena kaut jugak! pluss dream extra.. oh! memang banyak... sedozen+++ dalam kepala ni!!! harap impian dan harapan jadi kenyataan!!InsyaAllah! saya sentiasa percaya dengan takdir!!!

okey lah ..stop sampai disini ..next kita jumpa lagi!!