LOVE YOUR LIFE















Friday, August 22, 2014

Mengenang MH17 - Tragedi yang mengundang pilu seluruh rakyat MALAYSIA

Hari Perkabungan Negara


Tarikh keramat 22 Ogos 2014! selamat pulang! anda sentiasa dihormati. Inilah destinasi/tujuan anda iaitu Malaysia! Percaya atau tidak inilah yang terjadi dan kita harus percaya setiap satu peristiwa/kejadian yang berlaku adalah dengan kehendak dan keinginan olehNya. Tiada daya untuk kita atau sesiapapun untuk melawannya samaada kita sudah berusaha untuk mengelak dan mengekang, namun kuasanya melebihi segalanya.

Hari perkabungan ini merupakan satu penghormati kepada mangsa buat kali terakhir yang peristiwanya yang akan selalu lekat diingati. Bukan sahaja tarikh peristiwa 17 Julai2014 dimana kapal terbang berkenaan ditembak jatuh semasa penerbang MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang sepatutnya ditiba di malaysia.

Inilah hakikat, hakikat yang harus kita percaya! nampak mustahil untuk negara seperti kita mengalami peristiwa ini namun ia sudah berlaku, dan ia tetap berlaku dengan hanya sekelip mata. Dalam masa kita lalai dan leka, ujian ini menimpa meskipun tidak semua terlibat, tapi hakikatnya semua merasai & memberi kesan kepada keseluruhannya. 

Bukan orang lain, tapi saya sendiri mengakui terkesan dengan perkara tersebut, biarpun merasai kesedihan, namun peristiwa ini mengajar erti ketabahan, keyakinan dan kepercayaan kepada sang penCipta. 

Meskipun tidak terlibat secara langsung dengan kejadian ini, namun dari kejauhan, dari sudut yang kecil, dari mata yang memerhati dan melihat, saya akui saya memahami semua yang terlibat. dari susah senang menguruskan hal-hal berkaitan, dari sekecil-kecil penyumbang ke sebesar-sebesar penyumbang, kudrat anda tidak terlihat tapi dirasai. Bagaimana perasaan anda? Adakah anda membiarkan waktu memadamkan cerita, atau anda penyebar berita atau anda sebenarnya ada sang setia berdoa dan sentiasa bersama? pilihan masing-masing! tiada yang sempurna didunia ini. kesilapan mungkin sering dilihat berbanding kebaikan yang sering dipandang serong.

mungkin anda keliru dengan penyampaian kompleks saya kali ini, but saya dan anda sedar. kita faham sebenarnya! .

...................................




No comments:

Post a Comment