LOVE YOUR LIFE















Tuesday, September 23, 2014

realiti kehidupan

Inilah realiti kehidupan

Dalam jenuh perit kita menempuh sepanjang perjalanan hidup kita, yang pasti keperitan kita sebenarnya adalah dibawah kemampuan kita sendiri. Jika dilihat setiap keperitan yang diperolehi sebenarnya kita mampu tempuhi walaupun saat ketika itu fikiran kita tidak langsung menjangkau perihal berkenaan sehinggalah kita berjaya mencapainya. Itulah istimewanya kita semua. Diciptakan dengan akal fikiran dan kelebihan.Setiap dugaan dan cabaran itu dilalui dan diuji diatas kemampuan kita, cuma kadangkala otak pemikiran kita membataskan segalanya. Untuk itu, seharusnya kita mengambil perihal ini sebagai cabaran untuk mencabar diri dan bukan sekadar mendiamkan diri. Realitinya saat kita melepasi tempoh perihal berkenaan membuatkan kita lebih kuat dan berada diluar kemampuan dan kebiasaan kita, sehinggakan kita sedar sebenarnya kita lebih dari apa yang dijangkakan. Maka tidak hairanlah jika dunia ini semakin ajaib, bak kata para genuis, tiada apa yang mustahil selagi keinginan dan kemahuan dilaksanakan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Sebagai manusia yang menghambakan diri kepada penCiptanya, kita percaya akan keajaiban. Islam sendiri menyatakan kepada umatnya, 'seseorang itu tidak akan diubah jika dirinya sendiri tidak mahu mengubahnya' semuanya adalah atas dasar kita sendiri iaitu keinginan dan kesanggupan untuk mengubah dan beralih arah dari zon selesa malah istilah ini juga digunabaik dalam menempuh cabaran. Bak kata orang langkah pertama itu penting dan langkah seterus itu wajib dan langkah akhir itu bukan sia-sia. Ini bermakna setiap langkah yang diambil merupakan satu tindakkan dan bukannya dijadikan kesangsian. Ya, saya sendiri mengakui kadang-kala tindakkan itu menemui jalan buntu, tapi jika tidak mencuba ia lagi membuntu kan keadaan, hal ini kerana kita langsung tidak menemui jalan.

so, teruskan langkah anda!! :)

No comments:

Post a Comment