LOVE YOUR LIFE















Wednesday, August 5, 2015

Vietnam Trip

Assalammualaikum, now nak story mory tentang trip vietnam yang dah lama sangat tertinggal.. heee!
Dah nak habis tahun dah baru nak mengagau mencari bahan untuk cerita pasal trip ni.. aiyooo! tolonglah... camner tu nak jadi blogger! nampak benor busyyyy! (Eiyoo lah sangat  leha ooi!^_^) haha.. tiba-tiba nama kampung terkuaq! hehe..

Ok.. now zue nak terus pada topik hari ini. Tak nak berkias-kias dah macam cerita-cerita lepas! haha..  

Sebelum korang bertanya bagai kat kami why Vietnam yang you pergi?? why not London, Paris or US tu..? Maih nak kaborrr... mulanyer Vietnam Trip zue dengan kawan-kawan memang tak rancang langsung! Langsung okay.. (L.A.N.G.S.U.N.G - kasi ejaan! haha) tak ada langsung dalam mind ni nak gi terjah Vietnam .. and tak pernah terfikir pun nak pergi vietnam tu, almaklumlah Vietnam bukan first list yang zue nak pergi... Dalam banyak-banyak list tempat-tempat yang zue nak pergi macam Mountain Bromo, Indonesia (Best view mountain yang ala-ala padang jarak padang terkukur tu), Macau (Bermimpi nak Bungae Jumping), Sapporo, Japan (Sangat cantik view flower nyer), Canopy Walk Danum,sabah Mobul Island dan banyak lagi.. tiba-tiba sapppppp! Vietnam I pergi..! PERGGHHH! Memang diri sendiri tak jangka jugak! Yelah kalau nak pergi pun mesti zue akan pilih tempat yang lebih kepada view & panaroma yang menarik macam Hanoi, Vietnam but trip ni nuuun di Ho chi Minh, Vietnam! Tempat giler-giler shopping! Maih nak tori-tori kat kalian (#tori-tori tu story mory lah cheq oii! ... la ni pakai ayat ringkas ja.. huruf tak cukup nak bubuh! hahahahaaa....)

Ok.. jom! maih ikut kami terokai Ho chi Minh,Vietnam tempat shopping yang meriah dengan tawaq menawaq (loghat utara tu still on lagi tak ley campak mana-mana! heheee..)

Start-nyer dengan hari booking men-booking tiket flight laa!. Mulanya kawan office macam biasa check tiket flight untuk booking depa-depa ni untuk balik langkawi la... kelantan lah.. johor lah... lah lah! lah! .. tapi mostly kawan yang duk langkawi la.. duk syok check tiket sana -sini! dapat pulak kawan sebelah yang memang kaki travel every year memang syok depa bergosip jalan-jalan. (Tak nak mention nama kanq glamour lak depa dari kami! hahaaaa..! sowiii)

Mula cara diorang cakap macam main-main bila mengajak tu.. tengok-tengok seriusssss! kami pun apa lah! terus setuju blerrr blerrr gitu! haha. Bila check tiket mak aiii! murah tang! tang! lah ooooii! Time tu kena pulak awal tahun.. mood baru dapat gaji + bonus bagai! hah! ambik kooo .. nak saja pergi jawapnyer! hehe.

Harga tiket+hotel untuk 4hari 3malam only RM298 (ringgit Malaysia derrr.. mahu tak muntah korang dengar harga murah pap! pap!! .. lagi laju lah mem-booking nyer) --> boleh terus check kat web AirAsiaGo (Flight+Hotel) http://www.airasiago.com.my  (^_^)

Dah booking apa lagi.. happy duk google pasal vietnam, tukar duit vietnam lah, lokasi menarik, apa yang wajib try bila sampai sana and macam-macam mem'google ... but dalam masa seminggu tu jugak 'fast trippp' kata kan... zue memang takde passport lagi, yelah orang tak pernah pi overseaaaa mana ada passport .. lain lah pi hatyai pakai boarder pass jooo sebab cheq orang utara nun di padang besar. Lepas tu laju-laju buat passport untuk 2 tahun .. Tup! tup esok nyer... ada pengumuman berbunyi begini :

"Jabatan Imigresen Malaysia hari ini mengumumkan kadar baru bagi pembaharuan dan permohonan pasport antarabangsa Malaysia. Mulai hari ini,  pasport dua tahun dimansuhkan manakala pemohon pasport boleh menikmati kadar diskaun sebanyak RM100 diskaun bagi pasport untuk tempoh lima tahun."

Aiii.. rugi tahun laahh.. sebab bayar 100 untuk 2 tahun but now bayar 200 untuk 5 tahun! okay lupakan jerr.. dah lepas!! kalo mengamuk pun tak dapat apa, tunggu wat next passport jer  ( stay positive).

hari yang dinanti... jeng! jeng!! .. 24hb Januari 2015 tiket flight awai pagi noooh! Apa lagi bangun awal park kereta kat office tumpang kawan sampai KLIA2 (lupa sapa yang menghantar tu .. haha nampak benor lama sangat cerita ni.. Yelah awai pagi katakan.. yang ingat naik kereta kawan office tapi tak ingat siapa yang drive adik dia ke or kawan dia.. aiyooo! Nampak sangat pagi tu nampak bantal jer tak nampak orang.. haha!)

Cewah sampai KLIA2 kitorang berkumpul lah ramai-ramai (4 orang officemate+1 orang kedah + 1 mak officemate) cukup korum 6 orang.. bajet awal time tu, siap makan Mc'd, gi toilet and jalan ala-ala Miss World lagi..haha! Last-last ambik koo berlari kalah Usin Bolt pelari pecut 100m tu.. bila nama flight kitorang kedengaran untuk panggilan terakhir! Aiyoo! aiyoo ..yooo! yoo! Waktu tu bukan miss world dah tapi miss weiiii cepat laa..! berkejar-kejaran.. Tapi alhamdullillah, selamat kami terbang dalam lelah.. macam kami yang kipaskan sayap sendiri ..yang penting tidur lena dalam flight siap pakej bau harum nasi lemak orang belakang.. haha!!

Vietnam Airport



sangat di suggest kan... guna teksi ni


Alhamdullilah lepas sejam macam tu kami semua sampai di Vietnam Airport .. Hati gumbira!! tapiiiiii.... waktu kitorang cari teksi sappp! kena tipu dorrrr! patutnya kitorang bayar 1 teksi ke lokasi hotel kitorag tu tak sampai separuh.. tapi apa boleh jadi terkena! terkena! tipah tertipu tertipu tertipah!
AMARAN pada yang nak pergi teksi jangan naik teksi abang2 biasa ni better nak teksi jenis Vanisun or kaler hijau tu! Diorang ni boleh tahan jugak menipunyer, mula cakap lain, bila sampai cakap lain..

Phuc Khanh Hotel..



Kitorang menginap di Phuc Khanh Hotel, hotel cikai sebelah kedai barang mayat! haha.. koo jangka apoo! relax koo kami ni.. haha! mula kitorang tak perasan.. tapi dah 2 hari kat situ baru perasan patut diorang pelik dengan kitorang! haha.. nak murah sangat! tapi setakat ni hotel tu ok lah.. kalau nak yang selesa zue suggest hotel ni ---> SAIGON hotel dekat dengan tempat shopping.. tapi Hotel yang kitorang menginap tu kena jalan sikit.. dalam 5-8minit ..tapi yang best dapat jalan dicelah-celah pekan dia yang penuh dengan motorsikal.

Respect kepada pemandu diorang!!

lintasan maut! hehe...


vietnam mengamalkan prinsip 1 orang 1 motor.. waaa


Nak cross jalan tu.. aiyoo! first try gusar! second, third! tutup mata jer! haha! TIP.. jangan pandang kiri kanan, tengok depan, jalan jer, nanti motorsikal tu elak dengan sendiri nyer.. itu rules dia.. kalo tunggu tengok kiri kanan... pakai tak lintas lah korang jalan tu.

Makanan


Antara makanan wajib vietnam.. dah tak ingat nama nyer.. ala-ala sup gitu


antara kedai yang kami singgah.. sini paling murah! ada lagi kedai lain.. banyak pilihan

Bab makanan... alhamdullih, banyak yang halal, murah ada mahal pun ada, so pandai-pandai pilih! but always berjaga-jaga ada jugak kedai yang tulis halal but not halal! okay.. So, tanya orang tempatan dulu, paling tidak pun tengok pelanggan dia, kalau ramai orang kita.. InshaAllah! 

Makanan dia pulak lebih kurang sama jer dengan malaysia mungkin sebab ramai sangat orang kita ke sana, so effect nyer banyak makanan kita kat sana siap diorang pandai lagi cakap bahasa melayu. So, jangan. Pasal Harga pulak, celah gigi jer.. murah++ ( keno pandai pilih)

Tempat yang wajib terjah









Terasa macam panjang lak cerita kali ni.. penat menaip ni! hahaa.. ku ringkaskan kan cerita ku.. hehe!!

-Pasar Cho Ben Thanh
-Ben Thanh Night Market
-Hard Rock Cafe
-Cruise Sungai Mekong
-Pejabat Pos Besar di Ho Chi Minh



Sebenarnya banyak lagi tempat menarik.. tapi kitorang hanya pergi tempat-tempat kat atas ni jer.. yang lain banyak kitorang jalan rambang & shopping kat Ben Thanh.

Tukaran wang

Vietnam, Dong


buat macam ni.. print siap2, pastu nanti tak payah kira-kira dah.. tukar vietnam to malaysia


dollar oh dollar



Untuk duit.. boleh jer bawa duit Malaysia, diorang pun dah pakar bab-bab duit ni kalah bahagian kewangan ataupun bank negara, siap update turun naik duit kita! yOOlaaa.. terutama untuk shopping and untuk pengangkutan awam lak memang kena prepare duit Vietnam dong sahaja. tapi untuk pergi tempat macam sungai mekong tu or tempat untuk melawat ni perlu pakai dollar..
Tips.. please tukar separuh dong, suku dollar n suku lagi ringgit! ^_^

Oklah stop sini dulu.. nanti zue sambung lagi every detail untuk tempat shopping.. hehe! thankss
























No comments:

Post a Comment