LOVE YOUR LIFE















Thursday, February 24, 2011

drama La Ikro Ha Fiddin di Astro Prima

suke tgk citer ni........


http://www.youtube.com/watch?v=XIbYIbog4_U


Monday, February 14, 2011

smbutan maulidur rasul........

assalammualaikum n eyyy utk semua!!!!
slmt mymbt maulidur rsul!! mmm..tahn ni sya dpt thu byk aktviti yg djlnkn bgi mymbt maulidur rasul....tpi yg pling ktara tahun ni...ialah kita dpt lihat bagaimna phk krjaan mghrmkn hari kekasih atau valentine day...sekali gus mengelak pengamalnya terutamanya umat muslim terlibat dalam dosa....huh!! kalo dfikirkan balik...mmg ini lah tndkkn yg tepat...n bgus gk la kalo mcm tu...kurng la...mksiat kt negara ni....tpi ramai yg xtahu tarikh 14 FEBRUARI ni bukan sekadar valentine day tau...tpi ..merupakan tarkh pntng dlm sejarah malaysia...Hah!! mesti nk tahu kan??? dh smstinya i akan bgi thu!!!....trikh itu mrupkn  hari kematian wira negara kita iaitu LEFTERNAN ADNAN....alaaa....yg citer movie yg famous tu....msti semua orng kenalkan lefternan adnan tu siapa??? apa kta..mulai tahun ini kita smbut 14 februari sebagi hari wira negara....haaaa!!! kn lbh bagus..n lebih baek...dri vlntine dy...yg mrosakkan akidh kita..... =)
oklah..untuk hari ini...yg ni je saya sempat tulis.... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........

Wednesday, February 9, 2011

NEW.....coMING sooN.....

DISEBALIK SEMALAM

Disebalik semalam mengisahkan seorang gadis remaja yang terjerat ke dalam lembah kehancuran, apabila terpaksa menghabiskan sisa hidupnya sebagai pelayan bar di ibu kota. Disebalik itu, dia mula jatuh hati dengan seorang lelaki yang bernama  zahrul yang merupakan anak angkat kepada keluarga tengku faizal. Tengku farid pula merupakan umpama abangnya walaupun mereka seangkat dari segi umur. zahrul merupakan satu-satu lelaki yang berjaya  meyelamatkan diri lisa dari lembah hina semasa cuba melepaskan diri. Hanya zahrul berjaya megubah hidupnya. Satu perasaan cinta timbul antara mereka apabila mata sering  bertamu, jiwa saling bersatu dan langkah sering satu. namun panas tidak sampai ke petang apabila tengku farid mula mengintai lisa apabila berlaku satu kejadian (semasa dia hampir melanggar lisa di suatu tempat walaupun disedari oleh zahrul sendiri, namum zahrul hanya membiarkannya.)
Pertembungan antara mereka membuatkan zahrul terpaksa mebiarkan hatinya terluka dengan memberi ruang kepada tengku farid yang banyak membantunya sewaktu dia susah ,mungkin ini saja jalan untuk membalas jasa tengku farid dan sekeluarga.
Namun, cinta itu suci, suatu takdir telah berlaku apabila tengku farid mengalami masalah barah otak.  Mungkin kah lisa masih mengintai zahrul atau  sebaliknya??

Friday, February 4, 2011

Cinta IslaM

Semua orang petah berbicara mengenai cinta, tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul? Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar. Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah Riwayat Ahmad Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka. Untuk saling memahami, seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya kita sering menganggap bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar. Keintiman pasangan dilihat sejauh mana
perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah laku, hasrat dan keputusan antara mereka. Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurangan. Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan. Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung. Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut, kerana mereka gemar meluahkan perasaan
dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati, kerana mereka lebih suka memendam rasa. Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya. Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan
alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh. Pasangan yang selalu hendak menang, pentingkan emosi serta egois akan \ burukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis. Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika
setiap pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah sebaik-baik pengharapan. Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari
nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami keikhlasan pasangan anda seadanya!

(wah!! hbtkn penulis ni.....berupa nasihat utk kite semua)-Ambil pengajaran ye!!!

Wednesday, February 2, 2011

11 Tempat Rahsia Untuk Orang Orang Yang Terpilih.

 

Ada banyak sekali tempat rahsia yang tidak boleh atau tidak boleh kita kunjungi sesuka hati. Tempat-tempat ini tertutup untuk orang awam dan hampir tidak mungkin bagi masyarakat umum untuk mengunjunginya. Berikut adalah tempar tempat tersebut.


11. Kamar 308 Nyi Roro Kidul

Kamar No. 13 Hotel Samudra Beach Hotel, Palabuhan Ratu - Sukabumi itu memang magik. Tercium bau (mungkin wangi) mistik yang sangat kuat di alam maya. Itulah kamar sang Ratu Nyi Roro Kidul, legenda abadi masyarakat Indonesia, warisan alam fikiran Hindu Buddha zaman Baheula. Didalamnya ada beberapa lukisan Nyi Roro Kidul dalam ukuran besar, dengan wajah cantik namun penuh misteri. Lukisan-lukisan itu adalah karya Basuki Abdullah (pelukis istana zaman Presiden Soekarno).

Selain lukisan, kamar yang khusus dipersembahkan untuk sang ratu itu diisi oleh berbagai benda-benda mistik yang menggambarkan seolah Ratu Nyi Roro Kidul memang hidup. Ada foto-foto dan botol-botol minuman orang yang datang ke kamar itu. Para pengunjung banyak yang datang memohon macam-macam hajat dan keinginan. Padahal, suaminya sendiri seperti dalam foto di atas, tak pernah minta apa-apa. Tangan itu sedang salaman dengan sang isteri, sebelum Nyi Roro Kidul terbang dan masuk ke dalam lautan Pelabuhan Ratu yang hingga ketika ini dan sampai masa akan datang akan tetap misteri. Kerana Nyi Roro Kidul sendiri adalah sebuah misteri!!..Macam sebuah cerita tahyul.

10. Mezhgorye

Mezhgorye adalah kota tertutup di Rusia yang terletak di Gunung Yamantaw, kota yang didirikan pada tahun 1979 ini berada diketinggian 1.640 m, kota ini ditenggarai oleh AS sebagai tempat rahsia pembuatan nuklear. Projek besar ini mulai diamati oleh satelit AS pada 1990. AS meminta penjelasan dari pihak Rusia tentang tempat ini, tetapi Rusia membantahnya, mereka kata itu hanyalah lokasi lapangan terbang.

9.Vatican Secret Archives

Walaupun bernama "Vatican Secret Archives" tetapi gereja disini tidaklah rahsia, kerana anda dapat melihat dokumen yang anda inginkan, tetapi anda tidak boleh masuk ketempat ini, anda harus mengirimkan permintaan dahulu untuk sebuah dokumen kepada pihak yang bertanggungjawab di Vatican. Tidak semua buku anda boleh lihat, hanya dokumen yang sudah berusia 75 tahun saja (untuk melindungi informasi diplomatik dan pemerintahan. Ada 35.000 buah buku dalam katalog dan itu sepanjang 84 Km.

8. Club 33

Disneyland tempat hiburan untuk anak anak mahupun dewasa, tidak ada satupun tempat di Disneyland yang "bebas" kecuali Club 33 ini. Tidak mudah untuk masuk ke Club ini, selain sekuriti yang sangat ketat tempat ini juga menggunakan finger screen. Menjadi club ekslusif.. club ini tidaklah mudah dan murah, selain pendaftaran sekitar 10-30 ribu US$ anda juga harus menunggu selama 14 tahun untuk menjadi waiting list.Gila!

7. Moscow Metro-2

Metro-2 di Moskow adalah sistem kota bawah tanah terbesar di Dunia, kota ini dibangun pada zaman Stalin. Kota ini sangat rahsia, sampai wartawan pun ingin menulis berita ini selalu tidak pernah di"beri laluan"kan oleh pemerintah. Tempat ini sangat rahsia kerana tidak ada seorang pun menegaskan kewujudan kota ini.

6. Whites Gentlemens Club

Ini adalah tempat untuk para anggota club para jejaka di Inggeris, didirikan oleh Francesco Italia Bianco pada tahun 1693.Penubuhan awal club ini terbentuk adalah hanya untuk kumpulan para pecinta minuman cokelat panas namun akhirnya menjadi khas dan ekslusif kerana rahsianya itu. dan sekarang tempat ini sangat terkenal dengan permainan judinya yang aneh, seperti bertaruh 3.000 pounds hanya untuk minum tetesan pertama pada air hujan dari jendela. Untuk ahli yang ingin mendaftar keanggotaan hanya boleh jika diundang dan disetujui oleh 2 orang anggota lainnya.

5. Area 51

Area 51 (atau lebih dikenal sebagai US Air Force Flight Test Center, Detachment 3 dan juga samaran-samaran lain Dreamland, Watertown Strip, Paradise Ranch, The Farm, The Box, Groom Lake, dan juga The Directorate for Development Plans Area) adalah sebuah daerah di bahagian selatan Nevada, yang dimiliki oleh pemerintah Amerika Syarikat, digunakan sebagai pusat pembangunan rahsia dan percubaan pesawat – pesawat tempur generasi baru. Area ini juga sangat terkenal kerana kebal dan sebagai pusat penelitian UFO yang sampai sekarang dianggap sebagai salah satu teori konspirasi yang belum terungkap.

Area 51 adalah tempat penelitian milik Amerika yangg sangat dirahsiakan, bahawa ada sampel-sampel mahluk luar angkasa yangg pernah jatuh ke bumi. Area 51,pada zaman perang dunia adalah sebuah benda luar angkasa berbentuk pesawat aneh dan sebuah mahkluk kecil jatuh di sekitar daerah itu,yang kemudian diselamatkan dan dimasukkan ke pangkalan AS,konon hingga kini pesawat aneh dan mahkluk itu masih diteliti oleh para ilmuwan,yang makin membuatkan Area 51 semakin misteris adalah kerana tempat itu sangat tertutup dan hanya orang-orang tertentu yang boleh masuk ke tempat itu.

4. Room 39

Kamar 39 atau Biro 39 adalah tempat terlarang satu satunya yang disokong penuh oleh suatu negara. Dinyatakan sebagai salah satu organisasi rahsia di Korea Utara yang mencari jalan agar memperolehi mata wang asing untuk Kim Jong-il. Kamar ini didirikan pada tahun 1970-an dan tidak diketahui dari mana nama ini berasal.

Sangat sedikit sekali informasi tentang Room 39 ini kerana sifat rahsia organisasi sekitarnya sangat ketat. Cara kerja Biro ini adalah menggunakan 10-20 bank di negara China dan di Swiss, untuk tujuan pemalsuan, pencucian wang dan transaksi ilegal lainnya. Tempat ini juga terlibat dalam penyeludupan Narkoba dan penjualan senjata. Korea Utara telah membantah terlibat dalam kegiatan ilegal apapun ,Kamar 39 diyakini berada di dalam sebuah Gedung Parti Buruh di Pyongyang, ibukota Korea Utara.

3. Ise Grand Shrine

Ise Grand Shrine adalah kuil paling suci di Jepun. Tempat ini didedikasikan untuk Amaterasu (dewi matahari) dan telah wujud sejak 4SM, Kuil ini digunakan untuk menyimpan beberapa dokumen dan beberapa item penting sejarah Jepun, salah satunya adalah yang Naikū (mitologi Jepun yang akhirnya berakhir di tangan maharaja pertama). Ise Grand Shine dirobohkan dan dibangun kembali setiap 20 tahun atas idea Shinto kematian dan kelahiran (berikutnya pada tahun 2013). Tempat ini sangat sangat sukar untuk dikunjungi, kecuali pengunjung adalah seorang rahib atau pendeta yang menjadi anggota keluarga Di raja.

2. Mount Weather Emergency Operations Center

Mount Weather Emergency Operations Center Ini adalah tempat yang tidak hanya tertutup oleh umum tetapi itu adalah tempat yang mengharapkan manusia tidak menjejak kakinya disana. Lokasi yang berada di Virginia digunakan sebagai pusat operasi untuk Federal Emergency Management Agency (FEMA). Direlokasikan untuk sebuah control panel, mengapa sangat terlarang adalah kerana tempat ini mempunyai sistem frekuensi yang sangat tinggi yang menghubungkan sebagian besar badan-badan keamanan republik pemerintah federal dan militer AS dengan sebagian besar negara-negara bahagian.

1. RAF Menwith Hill
RAF Menwith Hill adalah pangkalan militer dengan rangkaian ke jaringan mata-mata ECHELON global.Polar seragam stesen satelit bawah tanah dan dikenali sebagai stesen pemantauan elektronik terbesar di dunia. Tempat yang terletak dari Skipton A59 Road, sekitar sembilan batu barat Harrogate di North Yorkshire dan menempati sekitar satu batu persegi Moorland.
Tempat ini dibangunkan oleh Department Pertahanan AS.


Sampai begitu ketat kawalannya,sehigga menjadi sebuah tempat yang begitu rahsia.

GemPar....suatu ketika

Area 51 ( Rahsia Sulit Tentera Udara Amerika Syarikat )

 


 
Lokasi Area 51 ialah  di dalam daerah pelatihan dan pengujian Nevada. Lokasi Area 51 berada di Lincoln Country berjarak 115,5 km sebelah utara Las Vegas dengan luas 103 kilometer persegi.Area 51 merupakan fasiliti pengembangan dan pengujian militer yang sangat rahsia (top secret), yang dioperasikan oleh angkatan Udara Amerika Serikat.

Area 51 didirikan pada tahun 1955 yang pada awalnya diperuntukkan melakukan pengujian pengembangan pesawat pengitip Amerika Syarikat Seri U-2 yang baru diciptakan.

Pesawat U-2 dapat terbang sehingga ketinggian 70.000 kaki. Selama beroperasinya U-2, ia telah secara bebas terbang diatas wilayah Uni Soviet sehingga akhirnya satu pesawat U-2 ditembak jatuh pada tahun 1960.

Akhirnya U-2 dicat berwarna hitam pada tahun 1960-an. Pihak mereka melakukannya untuk mengaburi seolah-olah adanya penampakkan benda
angkasa yang tidak dikenali, sering disebut UFO (Unditified Flying Object), beberapa U-2 dicat dengan warna silver mengilat.

Sejak itu Area 51 terus berkembang dan digunakan untuk pelbagai eksprimen. Suatu projek yang disebut sebagai Projek Hitam (Black Project) yang
terdiri dari pesawat siri Blackbird, siri Stealth Fighter dan siri Stealth Boomber.

BLACKBIRD JET

STEALTH FIGHTER JET

STEALTH BOMBER JET

Siri Blackbird merupakan sambungan daripada siri U-2 yang dilancarkan pada tahun 1962 dengan rancangan type A-12 dan SR-71. Sebagai contoh, type SR-71 memiliki kecepatan jelajah mencapai 3500 km/jam dengan ketinggian efektif jelajah 4830 km.

Siri Stealth Fighter merupakan pesawat tempur ghaib pertama yang dirancang pada akhir tahun 1970-an. Pesawat ini sangat digerunu apabila beroperasi di malam hari. Type yang sangat dikenal adalah F-117 Nighthawk. Siri Stealth atau siluman merupakan suatu idea agar pesawat "ghaib" dari pantauan radar. Kecepatan jelajah pesawat ini dianggarkan 1040 km/jam dengan ketinggian yang baik sejauh 2110 km. Prestasi operasinya telah diperlihatkan pada perang teluk dan masih ditugaskan untuk melaksanakan target-target yang telah ditetapkan.

Siri Stealth Boomber merupakan kesinambungan pesawat ghaib dari Seri Stealth Fighter yang telah dikembangkan secara meluas. Siri pesawat ghaib yang terkenal ini adalah type Black Manta dan B2. Daya jelajah lebih cepat dan lebih sukar dikesan radar daripada seri Stealth Fighter. Walau pun demikian, strategi penyerangannya masih bergantung pada formasi dari target.

Saat ini projek masa depannya ditunjukkan untuk mengembangkan teknologi anti radar (Stealth Technology), pesawat pengintai tak berawak (UAVs or unmanned aerial vehicles) dan pesawat tempur (UCAVs, unmanned combat aerial vehicles), memungkinkan dapat menjelajah dengan kelajuan tinggi pada daerah jelajah yang sangat luas yang dikenal sebagai "AURORA". Oleh sebab pesawat-pesawat ini tak berawak, maka pesawat ini dipercaya dapat digerakkan dengan kelajuan yang sangat dahsyat. Dengan erti kata yang lain,
manusialah yang benar-benar dapat membuat jet pejuang yang tak dikenali itu.

Bersamaan dengan itu muncul lagi idea pengembangan pesawat angkasa X-33 yang secara teknologi belum dilakukan pengujian. Akan tetapi pesawat angkasa X-33 telah diyakini akan menjadi versi Aurora yang bersifat PUTIH (untuk kepentingan kedamaian). Seiring dengan penelitian pesawat tempur yang canggih, diperoleh pula data-data tentang adanya kehadiran mahluk angkasa yang menuju Bumi, yang lebih dikenali dengan nama Alien. Akhirnya benda ini akan menjadi pertanyaan dan bualan orang ramai tentang kemungkinan adannya Alien di alam semesta ini. 

Untuk hal itu, Area 51 telah terlibat dalam penyelidikan teknologi Alien.
Berdasarkan maklumat yang telah diperoleh dan dipercayai oleh banyak pakar, Team Area 51 telah menemui dan menyelidik secara rahsia kejatuhan UFO yang ditemui di daerah Roswell, negara bahagian New Mexico, Amerika Syarikat, tahun 1947.

Kapal UFO

Walau pun belum terdapat bukti yang cukup jelas, beberapa pakar luar telah menduga bahawa ilmuwan Area 51 diminta untuk memiliki dan merawat satu mahluk Alien di suatu tempat yang sangat rahsia.

Korang rasa ni UFO ke ?

Macam mat pet pun ada jugak

Permintaan tersebut diperkuatkan lagi dengan pengakuan Bob Lazar seorang fisikiawan, pada tahun 1989 bahawa dia telah bekerja disalah satu tempat penelitian yang berada pada daerah selatan Area 51 dan

meminta Area 51 melakukan pengujian pesawat terbang yang luar biasa canggihnya dan juga telah melakukan komunikasi dengan Alien.


Dengan beradanya Alien di Area 51 ini menimbulkan suatu lagi teori
konspirasi yang merupakan hasil pengumpulan data dari kejatuhan pesawat Alien yang jatuh di Roswell dan pengakuan Bob Lazar pernah terlibat pada kegiatan tersebut, seperti penemuan atau kontak dengan keadaan di angkasa dengan menggunakan peralatan
secukupnya, pengembangan
senjata bertenaga sangat tinggi dan kegiatan-kegiatan yang secara meluas di seluruh dunia.

Teori konspirasi ini dilakukan di Danau Groom yang berada di sekitar lokasi Area 51. Namun sampai saat ini masih belum ada lagi satu penjelasan ilmiah yang jelas mengenai kewujudan Alien


(saya copy citer....ble cite ni dtygkn di History Chnnl) 


dapat liputan mluas...bila rahsia jahat terbongkar

Pendedahan rahsia paling kontroversi




BERBANDING sebaran berita umum atau propaganda biasa, rahsia besar yang dibocorkan sebenarnya mengundang rasa ingin tahu yang lebih mengujakan. Pendedahan maklumat sulit seringkali disambut dengan persepsi yang pelbagai dan eksploitasi situasi demi mencapai matlamat tertentu. Perkara itulah yang dikhuatiri berlaku dan akan merubah corak perhubungan diplomatik antarabangsa apabila sebuah organisasi media baru bukan berasaskan keuntungan, WikiLeaks, bertindak mendedahkan pelbagai maklumat berprofil tinggi ke pengetahuan umum. Organisasi yang memaparkan dokumen sulit daripada sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan itu sudah mula menapak di dalam talian sejak tahun 2006. Dikendalikan syarikat The Sunshine Press, laman itu mendakwa memiliki lebih 1.2 juta data sejak setahun pelancarannya. Pertubuhan itu mendakwa diasaskan oleh para penentang politik dari China, wartawan, ahli matematik dan pakar teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan. Aktivis Internet, Julian Paul Assange, 39, yang bertindak sebagai pengasas dan ketua pengarang WikiLeaks dipercayai mula mengendalikan laman web itu dari rumahnya berdekatan dengan Universiti Melbourne, Australia. Sejak tahun pertama WikiLeaks beroperasi, wartawan dan penerbit berkelulusan doktor falsafah dalam bidang fizik tersebut tidak lagi mempunyai kediaman tetap dan sering berpindah-randah selepas laman web ‘panas’ ciptaannya itu telah memancing perhatian global.


Ternyata WikiLeaks mempunyai agenda. Ia sengaja mahu menyuluh wajah sebenar Amerika Syarikat (AS) melalui pendedahan dokumen-dokumen berkaitan tahap pengintipan Amerika ke atas sekutunya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selain itu, WikiLeaks turut membuka pekung AS dengan mengetengahkan insiden pembunuhan penduduk dan wartawan Iraq oleh tentera AS. Negara yang digelar ‘Polis Dunia’ itu kini malu apabila masyarakat antarabangsa sudah mengetahui berhubung penafian ketiadaan laporan rasmi kematian orang awam. Itu termasuk rekod yang menunjukkan bahawa 66,081 daripada 109,000 kematian di Iraq bukanlah disebabkan pertempuran. Akhbar The Guardian yang menyiarkan kandungan WikiLeaks juga mendedahkan bahawa banyak laporan penderaan tahanan disokong bukti perubatan. Ia menggambarkan kes tahanan yang dirantai, ditutup mata, diikat pergelangan tangan atau kaki dan digantung malah dirotan, ditumbuk, ditendang atau dikenakan kejutan elektrik. “Kerajaan AS dan beberapa pemimpin dunia lain menyifatkan pendedahan WikiLeaks tidak bertanggungjawab dan boleh membahayakan keselamatan negara masing-masing. “Pentadbiran Presiden Barack Obama sedang mencari ruang untuk mengenakan tindakan undang-undang mengenai pembocoran maklumat WikiLeaks,” ujar Peguam Negara AS, Eric Holder yang cuba menutup kudis majikannya. Tekanan agresif Berikutan dimalukan, AS telah bertindak mengambil langkah agresif. Sebuah unit khas melalui Jabatan Pertahanan AS dibentuk bagi menyekat penyebaran meluas dokumen rahsia tersebut.
Tekanan mula dirasakan kumpulan operasi WikiLeaks apabila ia terpaksa memindahkan perkhidmatan hos Internetnya ke sebuah alamat baru di Switzerland selepas hos di AS ditutup. WikiLeaks tidak mahu mengalah dan mahu kekal beroperasi. Malah, kini ia terus aktif melalui alamat barunya iaitu www.wikileaks.ch, laman web yang didaftarkan oleh sebuah parti politik Switzerland. Sebagai tindakan susulan, Switzerland pula ditekan AS untuk mengarahkan institusi perbankan miliknya, Swiss Post, menutup akaun yang digunakan WikiLeaks bagi mendapatkan dana dan tajaan dalam talian melalui perkhidmatan PayPal. Langkah berjaga-jaga Sebagai langkah survival, sebuah lagi alamat Internet iaitu www.wikileaks.li telah ditempah WikiLeaks dan beroperasi dari Liechtenstein, sebuah negara Eropah kecil yang terletak di antara Switzerland dan Austria. Selain laman web WikiLeaks menghadapi gangguan teknikal akibat serangan ‘askar’ penggodam yang diupah AS, Assange turut diugut bunuh dan yang mutakhir diburu polis atas pertuduhan mencabul dan merogol wanita.

ANTARA laman web WikiLeaks yang telah ditutup akibat digodam pasukan keselamatan upahan Amerika Syarikat.


Biarpun Assange akhirnya ditahan menggunakan Waran Tangkap Eropah pada 7 Disember lalu, pasukan WikiLeaks kini bersedia menggemparkan dunia dengan pelbagai dokumen yang diyakini bakal membawa gelombang dahsyat.
Sebagai jaminan untuk nyawa Assange, penyelenggara WikiLeaks menggesa komuniti dunia memuat turun sebuah fail bernama Insurance.
Maklumat dalam fail dengan kod rahsia itu akan disebarkan jika Assange dibunuh. Fail bersaiz hampir dua gigabit (GB) itu dikatakan menyimpan beribu-ribu dokumen rahsia AS yang boleh memalukan AS dengan negara-negara sekutunya. Kemarahan dunia Mengambil kesempatan ke atas kebocoran maklumat tersebut, Timbalan Menteri Luar Ecuador, Kintto Lucas berkata, negaranya sedia menerima pengasas Assange jika dia mahu tinggal di Ecuador.
Jika itu pelawaan Ecuador kepada Assange, AS kini berhadapan gelombang kemarahan daripada kerajaan-kerajaan asing yang dikritik AS dalam maklumat sulit tersebut. Menteri Ekonomi Argentina, Amado Boudou pula mengulas, pendedahan WikiLeaks mengenai arahan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton yang meminta diplomatnya menyiasat keadaan kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan Presiden Argentina, Christina Kirchner adalah suatu yang tidak wajar. Bagi bekas pemimpin Cuba, Fidel Castro, pendedahan itu adalah satu ’skandal raksasa’ manakala Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani serta-merta memanggil duta AS selepas rahsia sensitif kedua-dua negara itu terbongkar. Asange pernah dipetik sebagai berkata: “Negara yang tidak begitu telus seperti Rusia dan China adalah yang paling berpotensi menjalani pembaharuan melalui pendedahan maklumat rahsia ini.”
Mengenai kerajaan dan pasukan keselamatan China yang menyekat kebebasan bersuara, Assange mengulas, hanya kewartawanan dan penulisan sejati mampu mencetuskan perubahan dan itulah yang ditakuti pemerintah China.
Tarikan WikiLeaks Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa (CENTEPIS), Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Azmi Hassan memberitahu, selain maklumat sulit AS yang menjadi intipati utama WikiLeaks, pendedahan lenggok bahasa yang digunakan para diplomat adalah satu lagi sebab ia popular. Katanya, gaya penulisan laporan termasuk surat rasmi dan tidak rasmi daripada diplomat AS yang tidak menggunakan bahasa diplomat boleh menjatuhkan imej negara kuasa besar dunia itu.
“Misalnya, arahan Hillary Clinton yang meminta diplomatnya menyiasat hal peribadi khususnya keadaan kesihatan Presiden Argentina dan ubat-ubatan yang diambil beliau. “Ia kelihatan sangat remeh dan sinis. Dari segi penggunaan bahasa, saya percaya ia tidak memperlihatkan profesionalisme seorang diplomat,” kata Azmi yang menganggap rahsia sebegitu tidak wajar didedahkan kepada umum kerana ia boleh memberi impak buruk kepada pemimpin dunia, bukan sekadar Amerika Syarikat. Azmi menambah, apabila dokumen sulit kerajaan AS yang membabitkan hal peribadi diplomat lain atau kutukan langsung terhadap individu berpengaruh didedahkan, konotasi daripadanya memberi impak hebat. Konsep hipokrit itu, menurut beliau, bertentangan dengan bahasa perantaraan yang cermat seperti yang diuar-uarkan di pentas ceramah AS. Namun, itulah yang menjadi tarikan unik WikiLeaks. “Semua itu memimpin pembaca dunia untuk mengetahui lebih banyak isu yang dibocorkan. Orang tertunggu-tunggu kandungan seterusnya.
“Walaupun kebanyakan isu diketahui, kemampuan Wikileaks yang membawa terus dokumen rahsia ke mata pembaca menjadikan ia semakin digemari dan malah disokong oleh sesetengah pihak,” ujar Azmi.
Isu Malaysia  Satu lagi tarikan dari aspek pembaca Malaysia adalah penglibatan nama negara ini dalam kandungan dokumen-dokumen berprofil tinggi itu. “Malaysia juga terkena tempias berikutan isu AS pada Februari 2009 melalui pejabat kedutaannya di Beijing meminta China menyekat sebuah firma negara itu daripada menjual giroskop panduan peluru berpandu kepada Electronics Components Ltd. yang berpangkalan di Malaysia.
“Ia menggambarkan seolah-olah kerajaan Malaysia tidak melakukan apa-apa sedangkan kerajaan kita mengetahui hal itu,” katanya merujuk kepada isu Malaysia yang turut dipetik dalam WikiLeaks.
Beberapa hari lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia melaporkan mempunyai maklumat mengenai dua firma Malaysia yang terlibat dengan rangkaian yang dikawal oleh Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China. Hal itu, bagaimanapun, tidak boleh diumumkan sehingga mendapat pengesahan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kes itu masih baru dan KDN akan mengambil pendekatan terbaik kerana ia melibatkan keselamatan dalam negara. Antara usaha yang dijalankan adalah dengan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi perisikan luar negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan KDN.


Jelas Azmi, pendedahan isu-isu seumpama itu boleh memberikan gambaran yang tidak selamat sungguhpun banyak maklumat Amerika dibongkar melaluinya.Walaupun pembaca melihat maklumat daripada WikiLeaks menelanjangkan tembelang AS yang bersifat talam dua muka, ia tetap mempunyai impak terhadap persepsi orang ramai seterusnya memberi kesan negatif kepada setiap negara yang dihubung kait. Terus melawan
Meskipun nasib Assange masih belum diketahui, termasuk selepas kegagalan cubaan menjamin oleh golongan selebriti elit, peguamnya Mark Stephens berkata, Assange akan terus menentang ekstradisi yang disifatkan sebagai pengaruh luar terhadap Sweden. Sehingga kini, sudah lebih daripada 1,300 laman web salinan WikiLeaks diwujudkan. Kumpulan penyokong tegar WikiLeaks juga berjanji akan terus beroperasi seperti biasa dengan kerjasama pihak tertentu di London dan dari beberapa lokasi rahsia lain.Dalam pada itu, ribuan penyokong secara terang-terangan menjalankan demonstrasi bantahan dengan menyatakan bahawa penahanan Assange adalah satu pencabulan hak asasi dan kebebasan sivil.“Sebarang perkembangan mengenai Assange tidak akan mengubah perancangan kami untuk terus melaporkan kebenaran dan mendedahkan maklumat seterusnya.
“Serangan keterlaluan yang sedang kami hadapi sebenarnya datang daripada firma-firma yang tunduk kepada tekanan AS. Saya menyifatkannya sebagai satu konfrontasi jelas terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan media,” ujar jurucakap WikiLeaks, Kristinn Hrafnsson.