LOVE YOUR LIFE















Wednesday, August 5, 2015

Kronologi tragedi MH370

Kronologi tragedi MH370


8 Mac 2014 
- MH370 membawa 227 penumpang dan 12 kru berlepas dari KLIA ke Beijing pada jam 12.41 tengah malam.

8 Mac 2014 
- MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi hari sama hilang dari radar sejam selepas berlepas ketika merentas Laut China Selatan.

9 Mac 2014 
- Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menunjukkan kemungkinan sebuah pesawat yang tidak dikenal pasti berpatah balik.

11 Mac 2014 
- Operasi SAR dilancarkan di Selat Melaka.

12 Mac 2014 
- Operasi SAR diperluas ke selatan Thailand dan Laut Andaman.

14 Mac 2014 
- Operasi SAR diperluaskan ke Lautan Hindi.

15 Mac 2014 
- Perdana Menteri mengesahkan pesawat yang dikesan berpatah balik oleh radar TUDM pada malam kejadian ialah MH370.

15 Mac 2014 
- Operasi SAR fokus di koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi manakala SAR di Laut China Selatan ditamatkan.

16 Mac 2014 
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menjuruskan siasatan kepada empat bidang iaitu kemungkinan rampasan, sabotaj, keadaan psikologi penumpang dan anak kapal serta masalah peribadi mereka.

17 Mac 2014 
- Operasi besar-besaran SAR membabitkan 26 negara meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika dilancarkan.

24 Mac 2014 
- Perdana Menteri mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

25 Mac 2014 
- Operasi SAR ditumpukan di selatan Lautan Hindi berikutan petunjuk terbaharu dan pencarian di koridor utara dihentikan.

1 Mei 2014 
- Kementerian Pengangkutan Malaysia mengeluarkan laporan awal kehilangan MH370, termasuk senarai kargo dan rakaman audio antara kokpit dengan ATC Kuala Lumpur.

29 Januari 2015 
- Kerajaan Malaysia mengisytiharkan semua penumpang pesawat MH370 terkorban.

18 Jun 2015 
- Pencarian MH370 di Lautan Hindi diperluaskan ke zon tambahan meliputi 60,000 kilometer persegi.

29 Julai 2015 
-Komponen sayap dipercayai flaperon ditemui di pesisir pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi, dikaitkan dengan MH370 oleh sekumpulan penyelidik ekologi. 
31 Julai 2015 
- Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan flaperon yang ditemui antara komponen pesawat Boeing 777.


5 Ogos 2015
-Perdana Menteri Malaysia mengesahkan bahawa flaperon yang ditemui antara komponen pesawat Boeing 777. Pengumuman dibuat pada jam 2 pagi dengan salam takziah kepada semua keluarga mangsa.






Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72700





No comments:

Post a Comment